Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian V · Pembangunan PR1MA dan Kompleks PR1MA
31. Tanggungjawab Perbadanan
Feedback & supportDalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, menjadi tanggungjawab Perbadanan untuk—
Perumahan Rakyat 1Malaysia 37
memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut apa-apa cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan
Persekutuan dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA;
dan
memberi perhatian kepada dan bertindak—
mengikut Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan pembangunan
PR1MA dan kompleks PR1MA; dan
dalam kerangka am dasar Entiti Kerajaan berkenaan dengan pembangunan dan penggunaan tanah dan bangunan.
Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini, dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah subseksyen (1),
Perbadanan boleh—
membantu pihak berkuasa perancangan tempatan yang berkaitan untuk menyelaraskan pembangunan PR1MA di mana pembangunan PR1MA sedang diusahakan;
mengenal pasti infrastruktur yang diperlukan bagi kompleks PR1MA, membangunkan dan mengesyorkan strategi dan inisiatif bagi penyediaan infrastruktur itu, dan memantau pembinaannya, pelaksanaannya, pengendaliannya dan senggaraannya; dan
mengesyorkan kriteria yang hendaklah dipenuhi berhubung dengan penyediaan, atau keupayaan untuk menyediakan, infrastruktur atau perkhidmatan yang dikehendaki, mengikut standard yang ditentukan oleh
Perbadanan, bagi pembangunan PR1MA dan kompleks
PR1MA.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
Kriteria berhubung dengan orang yang layak