Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian V · Pembangunan PR1MA dan Kompleks PR1MA
34. Kelayakan untuk menyertai pembangunan PR1MA
Feedback & supportTiada seorang pun boleh terlibat dalam, menjalankan atau mengusahakan pembangunan PR1MA melainkan jika dia telah diluluskan oleh Perbadanan di bawah Akta ini.
Seseorang layak untuk memohon bagi kelulusan untuk menyertai dalam mana-mana bahagian pembangunan PR1MA jika dia memenuhi kriteria yang berikut:
Perumahan Rakyat 1Malaysia 39
dia ialah pemaju perumahan berlesen di bawah Akta
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966;
atau
dia ialah kontraktor berdaftar di bawah Akta Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994; dan
dia memenuhi apa-apa kriteria lain yang dinyatakan oleh
Perbadanan dari semasa ke semasa.
Mana-mana orang yang layak di bawah seksyen ini boleh memohon kepada Perbadanan dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Perbadanan mengikut apa-apa cara dan disertakan dengan apa-apa fi yang ditetapkan oleh
Perbadanan.
Bagi maksud subseksyen (3), syarat dan spesifikasi yang berhubungan dengan cara permohonan itu dikemukakan hendaklah sebagaimana yang dinyatakan oleh Perbadanan.
Selepas menerima permohonan bagi suatu kelulusan di bawah seksyen ini, Perbadanan boleh memberikan kelulusan yang dipohon atau enggan untuk memberikan kelulusan itu dan dalam memberikan kelulusan itu Perbadanan boleh mengenakan apa-apa syarat, termasuklah tempoh sah kelulusan itu, sebagaimana yang difikirkan patut dan wajar oleh Perbadanan.
Tertakluk kepada subseksyen (8), Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengubah, membatalkan atau merubah syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) atau mengenakan apa-apa syarat baru atau tambahan atau, jika kelulusan itu tidak tertakluk kepada apa-apa syarat, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut dan wajar oleh Perbadanan.
Jika mana-mana orang yang diluluskan oleh Perbadanan di bawah seksyen ini—
tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) atau (6);
dengan tidak sewajarnya atau secara tidak sah memperoleh kelulusan di bawah seksyen ini;
mempunyai penerima, penerima dan pengurus, pelikuidasi sementara atau pegawai seumpamanya telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian besar asetnya dan pelantikan itu tidak dibatalkan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau
tidak lagi berhak untuk diberi kelulusan itu di bawah seksyen ini disebabkan apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihaknya atau telah terdapat perubahan hal keadaan yang membuatkan dia tidak lagi memenuhi kriteria yang dinyatakan di bawah subseksyen (2),
Perbadanan boleh, tertakluk kepada subseksyen (8), membatalkan atau menggantung kelulusan yang dikeluarkan kepada orang itu sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Sebelum mengubah, membatalkan atau merubah apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) atau sebelum mengenakan ke atasnya apa-apa syarat baru atau tambahan di bawah subseksyen
atau sebelum membatalkan atau menggantung sesuatu kelulusan di bawah subseksyen (7),
Perbadanan hendaklah memberitahu orang yang terkesan dengan tindakan yang dicadangkan untuk diambil oleh Perbadanan mengenai tindakan yang dicadangkan itu dan hendaklah memberi orang itu peluang untuk mengemukakan representasi atau penjelasan tentang sebab tindakan yang dicadangkan itu tidak patut dijalankan.
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan
Perbadanan untuk menolak sesuatu permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen (5), untuk mengenakan apa-apa syarat atau syarat tambahan di bawah subseksyen (5) atau (6), untuk mengubah atau merubah apa-apa syarat di bawah subseksyen (6)
atau untuk membatalkan atau menggantung suatu kelulusan di
Perumahan Rakyat 1Malaysia 41
bawah seksyen (7) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Tribunal
Rayuan secara bertulis.
Apa-apa kelulusan atau pembatalan atau penggantungan yang dibuat oleh Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan dalam daftar.