Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian V · Pembangunan PR1MA dan Kompleks PR1MA

35. Arahan oleh Perbadanan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa arahan secara bertulis kepada mana-mana orang yang telah diluluskan oleh Perbadanan di bawah seksyen 34 mengenai ketidakpatuhan apa-apa syarat kelulusan yang dikenakan di bawah Akta ini, oleh orang itu, termasuklah meremedikan ketidakpatuhan syarat kelulusan atau peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedahnya.

(2)

Sebelum membuat suatu arahan di bawah subseksyen (1),

Perbadanan hendaklah—

(a)

mengeluarkan notis secara bertulis kepada orang itu, yang menyatakan jenis ketidakpatuhan itu dan pematuhan yang dikehendaki;

(b)

memberi orang itu peluang untuk didengar dengan cara mengemukakan suatu penghujahan bertulis tentang sebab ketidakpatuhannya dalam tempoh enam puluh hari selepas penyampaian notis yang disebut dalam perenggan (a); dan

(c)

mengambil kira apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu berhubung dengan ketidakpatuhan yang berkaitan selepas habis tempoh enam puluh hari itu.

(3)

Arahan yang dibuat oleh Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah—

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

(a)

didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan;

(b)

berkuat kuasa dari tarikh pendaftarannya di bawah perenggan (a) atau apa-apa tarikh yang lebih lewat sebagaimana yang dinyatakan oleh Perbadanan dalam arahan itu; dan

(c)

habis tempoh pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh

Perbadanan dalam arahan itu atau jika tarikh tidak dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan.

(4)

Perbadanan boleh mengubah atau membatalkan suatu arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan arahan itu.

(5)

Mana-mana orang yang membantah apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Perbadanan boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas menerima arahan tersebut, mengemukakan secara bertulis kepada Tribunal Rayuan alasan bagi bantahannya dan keputusan

Tribunal Rayuan berkenaannya adalah muktamad.

(6)

Seseorang yang tidak mematuhi arahan Perbadanan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Penyelarasan Dengan Entiti Kerajaan

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules