Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian VII · Kewangan
41. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Perbadanan PR1MA Malaysia
Feedback & supportKumpulan Wang Perbadanan PR1MA Malaysia hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Perbadanan;
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota
Perbadanan,
Jawatankuasa
Kelulusan dan
Pelaksanaan, jawatankuasa dan pekerja Perbadanan, termasuklah pemberian pinjaman, biasiswa, wang pendahuluan, apa-apa bantuan kewangan lain dan elaun lain;
membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota
Tribunal Rayuan;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang berhubung dengan pemerolehan barangan dan perkhidmatan, termasuklah pengambilan khidmat perunding, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh
Perbadanan dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis yang lain;
membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis yang lain;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 45 dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;
pelaburan di bawah seksyen 46; dan
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Perumahan Rakyat 1Malaysia 51