Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian VII · Kewangan

50. Akaun dan laporan

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah menyebabkan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Perbadanan PR1MA Malaysia dan Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak dan laporan aktivitinya disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun Perbadanan yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

(b)

suatu laporan aktivitinya.

(2)

Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit, suatu salinan laporan juruaudit dan suatu salinan laporan aktivitinya kepada Menteri dan Menteri hendaklah

Perumahan Rakyat 1Malaysia 55

menyebabkan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.

Report

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules