Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian VII · Kewangan

42. Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak

Feedback & support
(1)

Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan

Wang Bantuan Orang yang Layak” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan.

(2)

Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh

Parlimen, dari semasa ke semasa, bagi maksud pemberian bantuan kepada orang yang layak;

(b)

semua wang yang diperoleh daripada mana-mana orang bagi maksud program bantuan bagi orang yang layak;

(c)

semua wang yang berpunca daripada pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak oleh Perbadanan;

(d)

jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 45 bagi maksud program bantuan bagi orang yang layak;

(e)

apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Perbadanan dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang dibuat oleh

Perbadanan yang berhubung dengan program bantuan bagi orang yang layak;

(f)

semua wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak;

(g)

apa-apa kos guaman yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh

Perbadanan dalam mana-mana penyelesaian tindakan atau prosiding guaman yang berhubungan dengan program bantuan bagi orang yang layak;

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

(h)

semua wang yang diperoleh semula atau dibayar oleh orang yang layak menurut apa-apa program bantuan bagi orang yang layak; dan

(i)

semua wang lain yang diterima dengan sah oleh

Perbadanan bagi maksud program bantuan bagi orang yang layak.

(3)

Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Perbadanan berhubung dengan program bantuan bagi orang yang layak;

(b)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan pemerolehan barangan dan perkhidmatan, termasuklah pengambilan khidmat perunding, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh

Perbadanan dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini dalam menyediakan program bantuan bagi orang yang layak;

(c)

memberi bantuan kewangan melalui pemberian, subsidi, pinjaman atau ekuiti atau apa-apa kaedah lain yang dinyatakan oleh Perbadanan kepada orang yang layak untuk membeli atau menyewa kediaman PR1MA;

(d)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 45 bagi maksud menyediakan program bantuan bagi orang yang layak dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;

(e)

pelaburan di bawah seksyen 46; dan

(f)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan fungsi Perbadanan berhubung dengan program bantuan bagi orang yang layak.

Perumahan Rakyat 1Malaysia 53

Pemeliharaan

Kumpulan

Wang

Perbadanan

PR1MA

Malaysia

Report

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules