Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian VIII · Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA
52. Tatacara yang berhubungan dengan hak untuk membeli semula
Feedback & supportJika Perbadanan berniat untuk menjalankan hak untuk membeli semula kediaman PR1MA di bawah Bahagian ini,
Perbadanan hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepada pemunya kediaman PR1MA dan mana-mana orang yang berkepentingan.
Notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah menyatakan—
Perumahan Rakyat 1Malaysia 57
niat Perbadanan untuk membeli semula kediaman
PR1MA pemunya;
alasan yang dinyatakan di bawah perenggan 51(1)(a)
hingga (e) untuk membeli semula kediaman PR1MA pemunya itu; dan
amaun harga pembelian semula kediaman PR1MA pemunya itu yang ditentukan mengikut seksyen 54.
Apabila diterima notis bertulis di bawah subseksyen (1), pemunya atau mana-mana orang yang berkepentingan boleh, dalam tempoh enam puluh hari selepas penyampaian notis itu, mengemukakan secara bertulis kepada Perbadanan apa-apa bantahan kepada pembelian semula kediaman PR1MAnya berserta alasan bantahannya.
Perbadanan hendaklah menimbangkan bantahan yang dikemukakan oleh pemunya kediaman PR1MA atau orang yang berkepentingan di bawah subseksyen (3) dalam tempoh tiga puluh hari dari penerimaan bantahan itu dan boleh membenarkan atau tidak membenarkan bantahan itu.
Perbadanan hendaklah menyampaikan keputusannya untuk membenarkan atau tidak membenarkan bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (3) kepada pemunya kediaman PR1MA atau orang yang berkepentingan itu melalui pos berdaftar Akuan
Terima atau dengan tangan kepada alamat terakhir diketahui pemunya kediaman PR1MA atau orang berkepentingan itu yang ada dalam rekod Perbadanan.
Pemunya kediaman
PR1MA atau orang yang berkepentingan yang terkilan dengan keputusan Perbadanan yang dibuat di bawah subseksyen (3) boleh merayu kepada Tribunal
Rayuan dalam tempoh sembilan puluh hari selepas penerimaan keputusan itu dan keputusan Tribunal Rayuan adalah muktamad.
Bagi maksud Bahagian ini—
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
“orang yang berkepentingan” ertinya orang yang diketahui atau dipercayai oleh Perbadanan sebagai mempunyai kepentingan dalam kediaman PR1MA yang akan dibeli semula oleh Perbadanan atau yang akan menuntut segala atau mana-mana bahagian pembayaran yang akan dibuat berhubung dengan pembelian semula itu; dan
“pelanggaran serius” ertinya suatu pelanggaran yang ditetapkan oleh Menteri.