Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian VIII · Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

53. Pemindahan hakmilik atau peletakhakan pemunyaan pada Perbadanan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), apabila pembelian semula suatu kediaman PR1MA dibuat di bawah Bahagian ini,

Perbadanan boleh—

(a)

memindahkan hakmilik pemunyaan kediaman PR1MA itu; atau

(b)

meletakhakkan pemunyaan kediaman PR1MA itu, pada Perbadanan.

(2)

Pemindahan hakmilik atau peletakhakan pemunyaan kediaman

PR1MA yang telah dibeli semula hendaklah hanya dilakukan—

(a)

dalam hal jika tiada bantahan dibuat, selepas habis tempoh enam puluh hari bagi penyampaian notis mengenai niat untuk membeli semula kediaman PR1MA yang disebut dalam subseksyen 52(3);

(b)

dalam hal jika suatu bantahan telah dibuat menurut subseksyen 52(3), selepas habis tempoh sembilan puluh hari bagi penyampaian keputusan yang dibuat oleh Perbadanan berkenaan bantahan di bawah subseksyen 52(6); dan

(c)

dalam hal jika rayuan telah dibuat kepada Tribunal

Rayuan, pada bila-bila masa selepas rayuan telah

Perumahan Rakyat 1Malaysia 59

ditentukan oleh Tribunal Rayuan atau selepas rayuan itu ditarik balik, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules