Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian VIII · Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

54. Penentuan dan pembayaran harga pembelian semula

Feedback & support
(1)

Amaun harga pembelian semula kediaman PR1MA yang hendaklah dibayar kepada pemunya kediaman PR1MA di bawah seksyen 52 hendaklah ditentukan oleh Menteri dan hendaklah mengambil kira yang berikut:

(a)

harga pembelian kediaman PR1MA seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli yang berhubungan dengan kediaman PR1MA itu;

(b)

harga kediaman PR1MA yang seumpamanya yang berada di dalam kompleks PR1MA yang sama dengan kediaman PR1MA yang akan dibeli semula itu pada masa pembelian semula itu;

(c)

apa-apa subsidi secara langsung atau tidak langsung yang diberikan oleh Perbadanan dalam pembelian semula kediaman PR1MA itu;

(d)

apa-apa amaun yang terhutang atau kena dibayar oleh pemunya kediaman PR1MA itu kepada Perbadanan pada masa pembelian semula itu; dan

(e)

apa-apa kos, kerugian atau perbelanjaan yang ditanggung oleh Perbadanan dalam menjalankan haknya untuk membeli semula kediaman PR1MA itu.

(2)

Perbadanan hendaklah membayar harga pembelian semula kediaman PR1MA yang ditentukan di bawah subseksyen (1) atau sebagaimana yang diubah oleh Tribunal Rayuan menurut suatu rayuan di bawah subseksyen 52(6) kepada pemunya kediaman

PR1MA atau kedua-dua pemunya kediaman PR1MA dan orang yang berkepentingan apabila diterima milikan kosong kediaman

PR1MA itu.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

(3)

Jika pemunya kediaman PR1MA atau orang yang berkepentingan—

(a)

enggan untuk menerima pembayaran harga pembelian semula kediaman PR1MA itu;

(b)

tidak dapat dikesan; atau

(c)

menimbulkan apa-apa pertikaian berkenaan dengan pembahagian harga pembelian semula itu,

Perbadanan hendaklah memohon ex parte kepada Mahkamah

Tinggi dengan memfailkan permohonan dengan Pendaftar

Mahkamah Tinggi dalam kamar, disokong dengan afidavit, bagi suatu perintah untuk mendepositkan harga pembelian semula ke dalam Mahkamah dan, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara guaman, Pendaftar Mahkamah

Tinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat perintah itu.

Report

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules