Seksyen 40
Kemasukan, dsb., bebas tanpa dihalang
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
Berkenaan dengan mana-mana tempat yang kena diperiksa di bawah Akta ini, mana-mana orang yang tinggal di dalam atau yang menjaga tempat itu hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana
Inspektor di bawah Akta ini atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan membenarkannya masuk bebas dan tanpa dihalang dan memberikan semua kemudahan yang sewajarnya bagi pemeriksaan di dalam tempat itu.
(2)
Jika jalan masuk ke tempat itu tidak diperoleh, mana-mana
Inspektor atau pegawai polis itu boleh—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam atau tingkap mana-mana tempat;
(b)
secara paksa memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
dan
(c)
membuang dengan paksa apa-apa halangan terhadap kemasukan atau jalan masuk itu.