Skip to content

Seksyen 44

Kuasa Menteri memberi pengecualian

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 47 of 51
Seksyen 44
(1)

Menteri boleh, melalui perintah, sama ada dengan bersyarat atau secara mutlak, mengecualikan mana-mana orang, kenderaan, vesel atau tempat daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2)

Tanpa menyentuh peruntukan subseksyen (1), Menteri boleh melalui perintah mengecualikan daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya apa-apa petroleum di bawah kawalan—

(a)

Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, dan mana-mana angkatan lain yang berada secara sah di sisi undang-undang di Malaysia; dan

(b)

Kerajaan Persekutuan dan mana-mana Kerajaan sesuatu

Negeri.