Skip to content

Seksyen 41

Liabiliti ejen dan pekhidmat

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 44 of 51
Seksyen 41

Apabila mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh dikenakan, di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan, apa-apa hukuman, penalti atau lucut hak bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, kecuaian atau kemungkiran, dia boleh dikenakan hukuman, penalti

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

atau lucut hak yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, kecuaian atau kemungkiran yang serupa bagi mana-mana ejen atau pekhidmat yang diambil kerja olehnya dalam penjalanan perniagaannya sebagai orang yang diberi lesen, dan tiap-tiap ejen atau pekhidmat yang diambil kerja oleh seseorang yang diberi lesen di bawah Akta ini, dalam penjalanan perniagaan di bawah lesen itu boleh juga dikenakan tiap-tiap hukuman, penalti atau lucut hak yang ditetapkan bagi perbuatan, peninggalan, kecuaian atau kemungkiran itu yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah ejen atau pekhidmat itu adalah orang yang telah diberikan lesen itu.

Pembatalan lesen, dsb.