Skip to content

Seksyen 43

Rayuan kepada Menteri

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 46 of 51
Seksyen 43
(1)

Jika mana-mana orang terkilan dengan apa-apa keputusan atau apa-apa pembatalan atau apa-apa syarat yang dikenakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah

Akta ini untuk memberi apa-apa lesen, permit atau kelulusan, dia boleh dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan keputusan atau lesen, permit atau kelulusan itu merayu kepada Menteri.

(2)

Atas rayuan, Menteri boleh menerima apa-apa keterangan sebagaimana difikirkannya perlu dan boleh mengesahkan, memansuhkan atau mengubah keputusan atau syarat yang dibuat atau dikenakan oleh orang atau pihak berkuasa yang memberikan lesen, permit atau kelulusan itu.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

(3)

Bagi maksud memberi apa-apa nasihat atau bantuan yang mungkin diperlukan oleh

Menteri bagi membolehkannya menimbangkan apa-apa rayuan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh melantik pegawai atau pegawai-pegawai yang mempunyai kemahiran teknikal dan kemahiran lain yang sesuai, sebagaimana difikirkannya perlu dan pegawai atau pegawai-pegawai itu hendaklah mempunyai kuasa memeriksa mana-mana premis untuk membolehkannya atau mereka menasihati atau membantu Menteri dengan berkesannya.