Seksyen 12
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
Seksyen 12
Seseorang wasi bagi wasi tunggal atau wasi menakat terakhir bagi seseorang pewasiat ialah wasi bagi pewasiat itu:
Dengan syarat bahawa peruntukan ini tidaklah terpakai bagi seseorang wasi yang tidak membuktikan wasiat pewasiatnya, dan, dalam hal seseorang wasi yang semasa kematiannya meninggalkan menakatinya seseorang wasi lain bagi pewasiatnya yang kemudiannya membuktikan wasiat pewasiat itu, peruntukan ini hendaklah terhenti terpakai apabila probet diberikan.
(2)
Selagi rantaian perwakilan tidak terputus, wasi yang terakhir dalam rantaian itu ialah wasi bagi tiap-tiap wasi yang mendahuluinya.
(3)
Rantaian perwakilan adalah terputus dengan—
(a)
kematian tak berwasiat;
(b)
kegagalan seseorang pewasiat untuk melantik seorang wasi; atau
(c)
kegagalan mendapatkan probet bagi wasiat, tetapi tidaklah terputus dengan pemberian sementara pentadbiran jika probet diberikan kemudiannya.
(4)
Tiap-tiap orang dalam rantaian perwakilan seseorang pewasiat—
(a)
mempunyai hak yang sama berkenaan dengan harta pusaka pewasiat itu sebagaimana yang akan dipunyai oleh wasi asal sekiranya dia hidup; dan
(b)
adalah, setakat yang harta pusaka pewasi itu telah sampai ke tangannya, bertanggungjawab seolah-olah dia adalah seorang wasi asal.