Skip to content

Seksyen 136

Pelupusan syer pemegang syer yang tidak diketahui di mana berada

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 186 of 210
Seksyen 136
(1)

Jika setelah menggunakan keusahaan yang munasabah, suatu syarikat Labuan tidak dapat mengetahui di mana beradanya seorang pemegang syer berdaftar bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada sepuluh tahun, syarikat itu boleh menyebabkan suatu notis disiarkan dalam suatu surat khabar harian yang diedarkan di tempat yang dalam daftar anggota ditunjukkan sebagai alamat pemegang syer itu, dan notis itu hendaklah menyatakan bahawa syer itu akan boleh dilucuthakkan kepada Lembaga selepas tamat satu bulan dari tarikh notis itu.

(2)

Jika selepas tamat satu bulan dari tarikh notis di bawah subseksyen (1), tempat di mana pemegang syer itu berada masih belum diketahui, syarikat itu boleh memindahkan syer dalam syarikat itu yang dipegang oleh pemegang syer itu kepada Lembaga dan bagi maksud itu syarikat itu boleh melaksanakan, bagi dan atas pihak pemunya syer itu, pemindahan syer itu kepada Lembaga dan orang yang syernya itu telah dilucuthakkan hendaklah terhenti menjadi seorang anggota berkenaan dengan syer yang telah dilucuthakkan itu, tetapi orang yang syernya telah dilucuthakkan itu, walaupun syernya itu telah dilucuthakkan, masih kena membayar kepada syarikat itu semua wang yang, pada tarikh perlucuthakkan itu, kena dibayar olehnya kepada syarikat itu berkenaan dengan syernya itu, tetapi liabilitinya hendaklah tamat jika dan apabila syarikat itu menerima bayaran penuh semua wang berkenaan dengan syer itu.