Seksyen 138
Luar aturan dalam prosiding
Tiada prosiding di bawah Akta ini boleh menjadi tidak sah oleh sebab apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan notis atau masa melainkan jika Mahkamah berpendapat bahawa ketidakadilan substantial telah atau boleh disebabkan oleh peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu yang tidak boleh diremedikan oleh apa-apa perintah Mahkamah dan Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, membuat suatu perintah atau arahan mengisytiharkan bahawa prosiding sedemikian sah walau apa pun apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan makna subseksyen (1) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu, termasuk ketiadaan kuorum di apa-apa mesyuarat syarikat Labuan itu, telah berlaku dalam pengurusan atau pentadbiran suatu syarikat Labuan yang disebabkannya apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini telah berlaku, atau telah berlaku keingkaran dalam mematuhi memorandum atau perkara syarikat itu, atau yang disebabkannya apa-
190
Undang-Undang Malaysia apa prosiding di atau berkaitan dengan apa-apa mesyuarat atau mesyuarat dikatakan telah dijadikan tidak berkesan, termasuk kegagalan untuk membuat atau menyerahkan apa-apa perisytiharan kesolvenan, Mahkamah —
(a)
boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan yang diserahkan oleh orang yang berkepentingan, membuat apa-apa perintah atau arahan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membetulkan atau menyebabkan dibetulkan atau untuk menegatifkan atau mengubah suai atau menyebabkan dinegatifkan atau diubahsuaikan akibat di sisi undang-undang apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu, atau untuk mengesahkan apa-apa tindakan, perkara atau benda yang dijadikan tidak sah oleh atau berbangkit daripada apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu;
(b)
hendaklah, sebelum membuat apa-apa perintah atau arahan sedemikian, memuaskan hatinya bahawa perintah atau arahan sedemikian tidak akan menyebabkan ketidakadilan kepada syarikat itu atau mana-mana anggota atau pemiutang syarikat itu, atau kepada mana-mana orang lain;
(c)
jika apa-apa perintah atau arahan sedemikian telah dibuat, boleh memberi apa-apa arahan sampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; dan
(d)
boleh menentukan notis atau saman apa yang hendak diberi kepada orang lain mengenai niat untuk membuat apa-apa permohonan sedemikian atau niat untuk membuat apa-apa perintah atau arahan sedemikian dan sama ada ianya kena diiklankan dalam apa-apa surat khabar.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), “mesyuarat”, berhubung dengan sesuatu syarikat Labuan, termasuk —
(a)
mesyuarat syarikat itu;
(b)
mesyuarat apa-apa kelas anggota syarikat itu;
Syarikat Labuan 191
(c)
mesyuarat pemegang debentur atau apa-apa kelas pemegang debentur syarikat itu;
(d)
mesyuarat pengarah syarikat itu atau apa-apa jawatankuasa pengarah itu;
(e)
mesyuarat pemiutang atau apa-apa kelas pemiutang syarikat itu.
(4)
Mahkamah boleh, sama ada syarikat itu dalam proses digulung atau tidak, melanjutkan atau memendekkan apa-apa masa bagi melakukan apa-apa tindakan atau mengambil apa-apa prosiding yang dibenarkan atau dihadkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan, atas apa-apa terma, jika ada, sebagaimana keadilan dalam kes itu menghendaki, dan apa-apa perlanjutan sedemikian boleh diperintahkan walaupun permohonan bagi perlanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas masa yang ada mulanya dibenarkan atau dihadkan.