Skip to content

Seksyen 146

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 198 of 210
Seksyen 146
(1)

Menteri boleh, atas syor Lembaga, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan semua perkara dan benda yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini supaya ditetapkan atau diperuntukkan, atau yang perlu atau mudah untuk ditetapkan atau diperuntukkan, bagi penjalanan, atau pelaksanaan sepenuhnya, peruntukan Akta ini.

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi —

(a)

apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran mana-mana peraturan menjadi suatu kesalahan;

dan

(b)

pengenaan penalti denda yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.