Skip to content

Seksyen 151C

Kesan pemotongan

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 206 of 210
Seksyen 151C
(1)

Jika nama sesuatu syarikat Labuan telah dipotong dari daftar, syarikat Labuan itu, dan pengarah, anggota, pelikuidasi yang diluluskan dan penerimanya, tidak boleh —

(a)

memulakan apa-apa prosiding undang-undang, menjalankan apa-apa perniagaan atau dengan apa-apa jua cara membuat urusan mengenai aset syarikat Labuan itu;

(b)

membela apa-apa prosiding undang-undang, membuat apa-apa tuntutan atau menuntut apa-apa hak untuk, atau atas nama, syarikat Labuan itu;

(c)

bertindak dengan apa-apa cara jua berkenaan dengan hal-ehwal syarikat Labuan itu; atau

(d)

menanggung apa-apa liabiliti baharu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika nama syarikat Labuan itu telah dipotong dari daftar, syarikat Labuan, atau seseorang pengarah, anggota, pelikuidasi yang diluluskan atau penerimanya, boleh —

(a)

memohon kepada Lembaga supaya syarikat Labuan itu didaftarkan semula;

(b)

terus membela prosiding yang dimulakan terhadap syarikat

Labuan itu sebelum tarikh pemotongan itu; dan

(c)

terus menjalankan prosiding undang-undang yang dimulakan bagi pihak syarikat Labuan itu sebelum tarikh pemotongan itu.

Syarikat Labuan 203

(3)

Hakikat bahawa nama sesuatu syarikat Labuan telah dipotong dari daftar tidak menghalang —

(a)

(Dipotong oleh Akta A1653).

(b)

mana-mana pemiutang membuat tuntutan terhadap syarikat

Labuan itu dan meneruskan tuntutan sehingga penghakiman atau pelaksanaan; atau

(c)

pelantikan seorang pelikuidasi yang diluluskan oleh

Mahkamah untuk syarikat Labuan itu di bawah Subpenggal 3 Penggal 7 Bahagian III dan Penggal 1 dan Penggal 2