Seksyen 144
Mengkompaun kesalahan
Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dengan membuat tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan dengan membayar kepada
Lembaga, dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, apa-apa amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun maksimum denda bagi kesalahan itu.
(2)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan yang diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
(5)
Apa-apa wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Akta
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.
196
Undang-Undang Malaysia