Seksyen 137
Kuasa untuk memberi relif
Dalam apa-apa prosiding bagi kecuaian, keingkaran, kemungkiran kewajipan, atau pecah amanah terhadap seseorang yang baginya seksyen ini terpakai, jika ternyata kepada Mahkamah yang di hadapannya prosiding diambil bahawa orang itu atau boleh bertanggungan berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, kemungkiran
186
Undang-Undang Malaysia kewajipan atau pecah amanah itu, tetapi orang itu telah bertindak dengan jujur dan munasabah dan bahawa, dengan mengambil kira semua hal keadaan kes itu, termasuk hal keadaan yang berkaitan dengan pelantikan orang itu, adil orang itu dimaafkan bagi kecuaian, keingkaran atau kemungkiran atau pecah amanah itu, Mahkamah boleh melepaskan orang itu daripada tanggungannya, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
(2)
Jika mana-mana orang yang baginya seksyen ini terpakai mempunyai sebab untuk menyangka bahawa apa-apa tuntutan akan atau mungkin dibuat terhadapnya berkenaan dengan apa-apa kecuaian, keingkaran, kemungkiran kewajipan atau pecah amanah, orang itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief, dan Mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa sama untuk memberi relief kepada orang itu di bawah seksyen ini sebagaimana yang Mahkamah itu mempunyai kuasa sekiranya Mahkamah itu adalah Mahkamah yang di hadapannya prosiding terhadap orang itu bagi kecuaian, keingkaran, kemungkiran kewajipan atau pecah amanah telah dibawa.
(3)
Orang yang baginya seksyen ini terpakai baginya —
(a)
pegawai syarikat Labuan;
(b)
orang yang diguna khidmat oleh suatu syarikat Labuan sebagai juruaudit, sama ada orang itu pegawai syarikat itu atau tidak;
(c)
pakar dalam pengertian Akta ini; dan
(d)
semua orang, termasuk penerima dan pengurus atau pelikuidasi yang diluluskan, yang dilantik atau diarahkan oleh Mahkamah atau Lembaga untuk menjalankan apa-apa tugas berhubung dengan syarikat Labuan di bawah Akta ini.
Syarikat Labuan 187