Seksyen 151
Fi tahunan
Suatu syarikat Labuan hendaklah membayar apa-apa fi tahunan yang ditetapkan, pada atau sebelum ulang tahun tarikh
Syarikat Labuan 199
pemerbadanan atau penubuhannya dan sekiranya suatu syarikat
Labuan digulung sebelum ulang tahun pertamanya, syarikat Labuan itu hendaklah membayar fi tahunan berkadaran dengan bilangan bulan, minggu dan hari syarikat Labuan itu wujud bagi tahun itu.
(1A)
Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran ke atas pembayaran apa-apa fi tahunan yang diterima lewat daripada tarikh ulang tahun yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
(2)
Walau apa pun subseksyen (1A), jika sesuatu syarikat Labuan gagal membayar fi tahunan di bawah subseksyen (1) pada atau sebelum tamat tempoh enam bulan dari tarikh pembayaran fi tahunan hendaklah kena dibayar sebagai tambahan kepada fi tahunan itu suatu amaun yang bersamaan dengan lima puluh peratus daripada yuran tahunan.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1653).
(4)
(Dipotong oleh Akta A1653).
(5)
Walaupun nama sesuatu syarikat Labuan telah dipotong dari daftar di bawah seksyen 151BB, syarikat Labuan itu hendaklah terus bertanggungan bagi semua tuntutan, hutang, liabiliti dan obligasi syarikat Labuan itu, dan pemotongan itu tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana anggota, pengarah, pegawai atau ejennya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain.
(6)
Pemotongan nama sesuatu syarikat Labuan dari daftar di bawah seksyen 151BB tidaklah tersentuh oleh apa-apa kegagalan pada pihak Lembaga untuk menyampaikan suatu notis kepada setiausaha syarikat atau untuk menyiarkan suatu notis mengikut subseksyen 151BB(4).
(7)
Subseksyen (2) dan (5) dan seksyen 151BB tidak terpakai bagi sesuatu syarikat Labuan yang dalam proses penggulungan dan pembubaran.
200
Undang-Undang Malaysia
Syarikat yang dipotong namanya bertanggungan bagi fi, dsb.