Seksyen 71
Tiada penerbitan tanpa surat ikatan diluluskan
Tiada seorang pun boleh menerbitkan atau menawarkan kepada awam untuk dipohon beli atau dibeli, atau mempelawa orang ramai memohon beli atau membeli, apa-apa kepentingan melainkan jika, pada masa penerbitan, tawaran atau pelawaan itu, ada berkuat kuasa, berhubung dengan kepentingan itu, suatu surat ikatan yang adalah surat ikatan dilu1uskan.
(2)
Seseorang tidak boleh, dalam mana-mana surat ikatan, prospektus, pernyataan, iklan atau dokumen lain yang berhubung dengan apa-apa kepentingan, membuat apa-apa sebutan mengenai kelulusan sesuatu surat ikatan atau seseorang pemegang amanah atau wakil yang diberikan di bawah Penggal ini.
(3)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Syarikat Labuan 87