Seksyen 74
Seksyen 74
Jika syarikat pengurusan di bawah suatu surat ikatan dilikuidasikan atau jika, pada pendapat pemegang amanah atau wakil, syarikat pengurusan itu tidak lagi menjalankan perniagaan atau telah, dengan menjejaskan pemegang kepentingan yang dimaksudkan oleh surat ikatan itu, tidak mematuhi surat ikatan itu, pemegang amanah atau wakil itu hendaklah memanggil suatu mesyuarat pemegang itu.
(2)
Sesuatu mesyuarat di bawah subseksyen (1) hendaklah dipanggil—
(a)
dengan menghantarkan melalui pos, notis mengenai mesyuarat yang dicadangkan, sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum mesyuarat yang dicadang itu, kepada setiap pemegang di alamatnya yang terakhir diketahui, atau, dalam hal pemegang bersama, kepada pemegang bersama yang namanya didapati terdahulu dalam rekod syarikat; dan
(b)
dengan menyiarkan, sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum mesyuarat yang dicadangkan, suatu iklan yang memberi notis mengenai mesyuarat itu dalam suatu akhbar yang diedarkan di Labuan.
(3)
Jika di mana-mana mesyuarat sedemikian sesuatu ketetapan diluluskan oleh sebilangan majoriti yang mewakili tiga perempat
Syarikat Labuan 89