Skip to content

Seksyen 72

Daftar pemegang kepentingan

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 79 of 210
Seksyen 72
(1)

Syarikat pengurusan hendaklah, berkenaan dengan setiap surat ikatan yang bersangkut-paut dengan syarikat itu, menyimpan suatu daftar pemegang kepentingan di bawah surat ikatan itu dan mencatatkan di dalamnya—

(a)

nama dan alamat pemegang itu;

(b)

takat pegangan setiap pemegang dan, jika kepentingannya terdiri daripada suatu kepentingan tertentu mengenai apa-apa harta, suatu perihalan mengenai harta itu serta tempat letaknya yang cukup bagi mengenal pasti harta itu;

(c)

tarikh nama setiap orang dicatatkan di dalam daftar itu sebagai seorang pemegang; dan

(d)

tarikh mana-mana orang terhenti menjadi seorang pemegang.

(2)

Penggal 4 Bahagian V hendaklah, setakat yang berkenaan dan dengan apa-apa penyesuaian yang perlu, terpakai bagi dan berhubung dengan daftar itu.

(3)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat

Labuan dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Penalti kerana pelanggaran Penggal, dsb.