Skip to content

Seksyen 90

Orang yang hilang kelayakan untuk menjadi pengarah

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 98 of 210
Seksyen 90
(1)

Seseorang tidak boleh dilantik sebagai pengarah atau memegang jawatan atau mengambil bahagian atau berada dalam apa-apa cara secara langsung atau tidak langsung untuk bersangkut-paut dengan atau dalam pengurusan suatu syarikat Labuan, jika orang itu—

(a)

telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan berkaitan dengan pembentukan atau pengurusan suatu perbadanan atau syarikat;

(b)

telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, sogokan atau kecurangan;

(c)

seorang bankrap yang belum dilepaskan atau tidak solven;

atau

(d)

disifatkan tidak layak oleh Lembaga.

(2)

Syarikat Labuan hendaklah memastikan tiada seorang pun yang bertindak atau dinamakan untuk bertindak sebagai pengarah atau memegang jawatan atau mengambil bahagian atau berada dalam apa-apa cara secara langsung atau tidak langsung bersangkut-paut dengan atau dalam pengurusan suatu syarikat Labuan itu yang orang itu hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).

Syarikat Labuan 103

(3)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Penzahiran kepentingan dalam kontrak, harta, jawatan, dll.