Akta Syarikat Labuan 1990 · Updated to 10 Jun 2022 · Bahagian V · Pengurusan dan Pentadbiran
98. Pengundian oleh anggota
Feedback & support(1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam memorandum atau perkara suatu syarikat Labuan, semua syer mengundi sebagai satu kelas dan setiap syer mempunyai satu undi.
(2)
Pengarah suatu syarikat Labuan boleh menetapkan tarikh notis suatu mesyuarat diberi sebagai tarikh rekod bagi menentukan syer yang berhak mengundi di mesyuarat itu.