Seksyen 100
Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan mesyuarat dipanggil
Jika kerana apa-apa sebab, adalah tidak praktik untuk memanggil suatu mesyuarat mengikut apa-apa cara mesyuarat boleh dipanggil atau untuk menjalankan mesyuarat itu mengikut cara yang ditetapkan oleh perkara atau Akta ini, Mahkamah boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pengarah atau mana-mana anggota yang berhak mengundi di mesyuarat itu atau atas permohonan wakil diri mana-mana anggota itu, memerintahkan supaya suatu mesyuarat dipanggil, diadakan dan dijalankan mengikut cara yang difikirkannya patut, dan Mahkamah boleh memberi apa-apa arahan sampingan atau berbangkit yang difikirkannya suai manfaat.
(2)
Suatu mesyuarat yang dipanggil, diadakan dan dijalankan menurut apa-apa arahan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan sebagai suatu mesyuarat yang telah dipanggil, diadakan dan dijalankan sewajarnya.