Skip to content

Seksyen 94B

Pemecatan pengarah

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 104 of 210
Seksyen 94B
(1)

Walau apa pun apa-apa dalam dokumen konstituen sesuatu syarikat Labuan atau dalam mana-mana perjanjian antara sesuatu syarikat Labuan dengan seseorang pengarah, seorang pengarah sesuatu syarikat Labuan boleh dipecat daripada jawatan melalui ketetapan pemegang syernya, mengikut memorandum atau perkaranya, yang diluluskan pada mesyuarat yang dipanggil bagi maksud yang termasuk pemecatan pengarah itu.

(2)

Notis mesyuarat itu hendaklah menyatakan bahawa maksud mesyuarat itu ialah pemecatan pengarah itu.

(3)

Jika dibenarkan oleh memorandum atau perkara sesuatu syarikat Labuan, seorang pengarah syarikat Labuan boleh dipecat daripada jawatan oleh pengarah-pengarah syarikat Labuan itu.

MESYUARAT DAN PROSIDING