Seksyen 101A
Seksyen 101A
Walau apa pun apa-apa jua yang diperuntukkan sebaliknya dalam Akta ini atau perkara syarikat Labuan, suatu ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh atau bagi pihak semua orang yang pada masa itu berhak untuk menerima notis mengenai, dan untuk hadir dan mengundi di, mesyuarat agung sesuatu syarikat
Labuan, hendaklah bagi maksud Akta ini, dikira sebagai suatu ketetapan yang diluluskan dengan sewajarnya di suatu mesyuarat agung syarikat Labuan itu dan, jika berkenaan, sebagai suatu ketetapan khas yang diluluskan demikian.
(2)
Apa-apa ketetapan sedemikian hendaklah disifatkan telah diluluskan pada suatu mesyuarat yang diadakan di pejabat berdaftar pada tarikh yang ketetapan itu ditandatangani oleh anggota yang terakhir.
(3)
Seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghendaki orang yang menandatangani ketetapan di bawah seksyen ini hendaklah menandatangani dokumen yang sama yang mengandungi ketetapan itu; tetapi jika dua dokumen atau lebih digunakan bagi maksud mendapatkan tandatangan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa ketetapan, setiap dokumen sedemikian hendaklah diperakukan terlebih dahulu oleh syarikat amanah Labuan itu sebagai mengandungi versi yang benar dan betul mengenai ketetapan yang dicadangkan itu.