Skip to content

Seksyen 101

Ketetapan khas

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 111 of 210
Seksyen 101
(1)

Suatu ketetapan hendaklah menjadi suatu ketetapan khas apabila ketetapan itu telah diluluskan oleh suatu majoriti yang tidak kurang daripada tiga perempat daripada anggota, yang berhak berbuat demikian, mengundi dengan sendirinya atau, jika proksi dibenarkan, melalui proksi, di suatu mesyuarat anggota yang notis tidak kurang daripada dua puluh satu hari yang menyatakan niat hendak mencadangkan ketetapan itu sebagai suatu ketetapan khas telah diberikan dengan sewajarnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika dipersetujui oleh sebilangan majoriti anggota yang mempunyai hak mengundi di mesyuarat itu, iaitu suatu majoriti yang bersama-sama memegang pada agregatnya tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus jumlah undi anggota yang berhak mengundi, suatu ketetapan bolehlah dicadangkan dan diluluskan sebagai suatu ketetapan khas di suatu mesyuarat yang notis tidak kurang daripada dua puluh satu hari telah diberikan.

120

Undang-Undang Malaysia

Ketetapan yang ditandatangani oleh semua anggota disifatkan telah diluluskan dengan sewajarnya pada mesyuarat