Skip to content
In forceUpdated to 10 Jun 2022Read it in English

Bahagian V · Pengurusan dan Pentadbiran

96. Notis mesyuarat anggota

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada apa-apa kehendak untuk memberi notis yang lebih panjang dalam memorandum atau perkara, pengarah hendaklah memberi tidak kurang daripada tujuh hari notis mesyuarat kepada orang yang, pada tarikh notis itu diberi, ternyata sebagai anggota dalam daftar anggota yang disebutkan dalam seksyen 105 dan yang berhak mengundi di mesyuarat itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tetapi tertakluk pada apa-apa batasan dalam memorandum atau perkara, suatu mesyuarat anggota yang diadakan berlanggaran dengan kehendak memberi notis sah jika anggota yang memegang majoriti sembilan puluh peratus, atau apa-apa majoriti yang kurang daripada itu sebagaimana yang dinyatakan dalam memorandum atau perkara —

116

Undang-Undang Malaysia

(a)

daripada jumlah bilangan syer anggota yang berhak mengundi atas semua perkara yang akan ditentukan di mesyuarat itu; atau

(b)

daripada undi setiap kelas atau siri syer jika anggota itu berhak mengundi ke atasnya sebagai satu kelas atau siri berserta dengan majoriti mutlak bagi undi yang selebihnya, telah menepikan notis mesyuarat itu; dan bagi maksud ini, kehadiran seorang anggota di mesyuarat itu hendaklah disifatkan sebagai penepian di pihaknya.

(3)

Kegagalan tidak sengaja pengarah untuk memberi notis mesyuarat kepada seorang anggota, atau fakta bahawa seorang anggota telah tidak menerima notis itu, tidaklah menjadikan mesyuarat itu tidak sah.

Kuorum, pengerusi, pengundian, dsb., di mesyuarat

Report

Bahagian VI

Akaun dan Audit

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Labuan Asing

Bahagian IX

Penerimaan dan Penggulungan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian IV

Bahagian IV (setakat yang berhubung dengan syarikat

Schedules