Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bab 1

30. Maklumat bagi maksud kestabilan kewangan

Feedback & support
(1)

Demi kepentingan kestabilan kewangan, Bank boleh meminta mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi Kerajaan di

Malaysia yang mengawasi orang yang berikut untuk mengemukakan kepada Bank apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan aktiviti, pembiayaan, akaun, transaksi, akaun pelanggan atau apa-apa maklumat lain orang itu yang dianggap perlu oleh Bank untuk melaksanakan matlamat kestabilan kewangan di bawah Akta ini :

(a)

mana-mana institusi kewangan;

(b)

mana-mana peserta, perantara, bursa, depositori atau penyedia perkhidmatan penjelasan, penyelesaian atau perkhidmatan lain dalam pasaran kewangan;

(c)

mana-mana orang lain yang pada pendapat Bank mungkin menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan; atau

(d)

mana-mana perbadanan berkaitan bagi orang yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c).

(2)

Jika mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(a),

(b)

, (c) atau (d) tidak berada di bawah penyeliaan atau pengawasan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi Kerajaan, Bank hendaklah melalui perintah secara bertulis menghendaki orang itu supaya mengemukakan maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (1).

Bank Negara Malaysia 39

Langkah-langkah kestabilan kewangan

Report

Bab 2

Bab 3

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules