Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bab 1

39. Bentuk relief

Feedback & support
(1)

Dalam mana-mana prosiding sivil di hadapan mana-mana mahkamah berhubung dengan apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh

Bank Negara Malaysia 51

Bank di bawah subseksyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) atau apa-apa tindakan, perkiraan, skim atau langkah lain Bank berhubung dengan kestabilan kewangan yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada mana-mana perintah sedemikian atau berhubung dengan apa-apa perkara lain di bawah Bab ini, mahkamah hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2) dan peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa untuk membuat segala perintah sebagaimana yang ia mempunyai kuasa untuk membuatnya dalam prosiding antara pihak-pihak, dan selainnya untuk memberikan apa-apa relief yang sesuai sebagaimana yang dikehendaki oleh keadaan.

(2)

Dalam mana-mana prosiding sivil terhadap Bank, berhubung dengan mana-mana perintah yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) atau apa-apa tindakan, perkiraan, skim atau langkah lain Bank berhubung dengan kestabilan kewangan yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada mana-mana perintah sedemikian atau berhubung dengan apa-apa perkara lain di bawah Bab ini—

(a)

jika apa-apa relief dipohon yang boleh dalam prosiding antara pihak-pihak diberikan melalui injunksi atau pelaksanaan spesifik, mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi atau membuat suatu perintah pelaksanaan spesifik; dan

(b)

bagi mendapatkan kembali tanah atau harta lain, mahkamah tidak boleh membuat suatu perintah bagi mendapatkan kembali tanah itu atau penyerahan harta itu.

(3)

Mahkamah tidak boleh dalam mana-mana prosiding sivil berhubung dengan mana-mana perintah yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subsekyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) atau apa-apa tindakan, perkiraan, skim atau langkah lain Bank berhubung dengan kestabilan kewangan yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada mana-mana perintah sedemikian atau berhubung dengan apa-apa perkara lain di bawah Bab ini memberikan apa-apa injunksi atau membuat apa-apa perintah terhadap seseorang pegawai Bank jika kesan pemberian injunksi atau pembuatan perintah itu akan memberikan apa-apa relief terhadap Bank yang tidak boleh diperoleh dalam prosiding terhadap Bank.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

(4)

Mana-mana perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) hendaklah mempunyai kesan mengikut peruntukan Bahagian ini dan, walau apa pun apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan menurut subseksyen (2), hendaklah mengikat mana-mana orang yang kepadanya perintah itu dikeluarkan.

Report

Bab 2

Bab 3

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules