Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bab 1

35. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan subperenggan 32(1)(c)(i)

Feedback & support
(1)

Bank boleh, sebagaimana yang difikirkannya perlu, dalam menjalankan kuasanya di bawah subperenggan 32(1)(c)(i) berhubung dengan suatu institusi kewangan, melalui perintah secara bertulis—

(a)

menyingkirkan daripada jawatan, berkuat kuasa dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu, mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu;

(b)

mengubah atau menamatkan kontrak perkhidmatan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu; atau

(c)

melantik mana-mana orang sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank.

(2)

Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah memberi pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu peluang untuk membuat representasi.

(3)

Seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun—

(a)

apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara seksyen ini dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini;

(b)

apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang termasuk undang-undang yang dengannya atau di bawahnya institusi kewangan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan atau didaftarkan; atau

(c)

apa-apa yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang menyentuh syer atau

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

instrumen modal lain yang diterbitkan oleh atau selainnya yang berhubungan dengan institusi kewangan itu.

Report

Bab 2

Bab 3

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules