Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bab 1

42. Kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 40(1)(b) dan seksyen 86, apa-apa maklumat atau dokumen yang dikemukakan oleh mana-mana orang di bawah seksyen 30 adalah rahsia antara orang itu dengan Bank.

(2)

Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah seksyen 30 dan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di Malaysia yang daripadanya maklumat atau dokumen itu hendak diperoleh oleh Bank di bawah perenggan 40(1)(b)

hendaklah menyediakan maklumat atau dokumen itu, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa sumpah, aku janji, atau kehendak kerahsiaan yang berlawanan atau apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat yang berlawanan.

(3)

Mana-mana orang tidak boleh, dalam mematuhi kehendak untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (2), dianggap sebagai memungkiri mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan itu.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

Report

Bab 2

Bab 3

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules