Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bab 1

40. Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain

Feedback & support
(1)

Bagi maksud menggalakkan kestabilan kewangan, Bank boleh—

(a)

membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan lain dan menyelaraskan langkah kestabilan kewangan dengan pihak berkuasa penyeliaan itu; dan

(b)

mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen daripada, atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan, mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain jika pada pendapat Bank perlu untuk mendapatkan atau berkongsi maklumat atau dokumen itu.

(2)

Jika Bank berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen di bawah perenggan (1)(b)—

(a)

dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di

Malaysia, maklumat atau dokumen itu tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Bank; atau

(b)

dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di luar

Malaysia, pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah memberikan suatu aku janji yang sesuai bagi melindungi kerahsiaan maklumat atau dokumen itu dan maksud yang baginya maklumat atau dokumen itu boleh digunakan.

Bank Negara Malaysia 53

Report

Bab 2

Bab 3

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules