Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bab 1
41. Nasihat atau syor tentang kestabilan kewangan kepada pihak berkuasa penyeliaan
Feedback & supportBank boleh, demi kepentingan kestabilan kewangan menasihatkan, atau membuat syor kepada mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di Malaysia tentang—
(a)
implikasi mana-mana undang-undang bertulis, dasar atau langkah yang dicadangkan oleh pihak berkuasa itu yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan; dan
(b)
langkah atau perlindungan yang sesuai diambil bagi maksud menggalakkan kestabilan kewangan.