Skip to content
In forceUpdated to 10 Jul 2025Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti

36. Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah didedahkan oleh pemohon

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan seksyen 15 dan subseksyen 26A(1), mana-mana orang yang memohon untuk mendapatkan suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan, atau untuk mengubah suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau apa-apa syaratnya, hendaklah mendedahkan atau mengemukakan dalam borang permohonan yang ditetapkan—

(a)

apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang atau syarikat lain yang mengadakan kemudahan untuk membawa penumpang atau barangan di dalam Malaysia;

(c)

apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemohon itu, dan dalam hal pemohon itu adalah suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu.

(2)

Jika pemohon gagal mendedahkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), atau membekalkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 53

Report