Seksyen 40
Rekod dan penyata
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Adalah menjadi kewajipan pemegang sesuatu lesen yang diberi di bawah Akta ini untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod berhubungan dengannya sebagaimana yang ditetapkan dan untuk mengemukakan kepada Lembaga apa-apa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen lain bagi apa-apa tempoh dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan, bersama-sama dengan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Lembaga.
(2)
Adalah menjadi kewajipan pemegang lesen itu untuk menyimpan apa-apa rekod berhubungan dengan penggunaan kenderaan dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Lembaga atau Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis, menghendaki supaya pemegang lesen itu mengemukakan semua atau mana-mana rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen lain pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan mengesahkan kesemuanya, dan memberi Lembaga, Ketua Pengarah, pegawai
Lembaga atau pegawai pengangkutan jalan kemudahan yang munasabah bagi meneliti dan memeriksa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen lain itu dan memuaskan hatinya tentang kesempurnaan dan ketepatannya.
(4)
Jika mana-mana orang gagal mematuhi atau melanggar seksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
Pensubahatan kesalahan