Skip to content

Seksyen 46

Peruntukan mengenai keterangan

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 65 of 81
Seksyen 46
(1)

Salinan sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberi di bawah Akta ini yang diperakukan oleh Pengerusi atau mana-mana pegawai yang diwakilkan oleh Lembaga sebagai suatu salinan benar lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu, bolehlah diterima sebagai keterangan bagi semua maksud yang baginya salinan asal itu akan diterima sekiranya salinan asal itu telah dikemukakan dan diterima sebagai keterangan, tanpa bukti tandatangan atau kuasa orang yang menandatangani lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu atau salinannya.

(2)

Jika dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini adalah perlu untuk membuktikan bahawa mana-mana orang adalah atau bukan pemegang sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberi di bawah Akta ini, suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Pengerusi dan yang memperakui perkara

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 65

yang tersebut terdahulu, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang diperakui dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Pengerusi bagi perakuan itu.

Anggapan