Seksyen 47
Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Akta ini, setakat mana ia mungkin perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduhkan, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya—
(a)
bahawa apa-apa pengangkutan orang atau barangan dalam sesuatu kenderaan motor adalah untuk sewa atau upah;
(b)
bahawa penumpang yang dibawa dalam kenderaan motor adalah dibawa sebagai balasan kepada bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;
(c)
bahawa sesuatu kenderaan bukanlah suatu kenderaan dibenarkan;
(d)
bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor;
(e)
bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang membenarkannya untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan tertentu;
(f)
bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen 18;
(g)
bahawa mana-mana orang adalah pemunya suatu kenderaan motor; atau 66 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
(h)
bahawa mana-mana orang adalah pemegang suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan di bawah Akta ini.