Seksyen 45A
Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Jika seseorang pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka dia boleh, sebagai ganti membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang paling berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
(2)
Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika ternyata bahawa tidaklah semunasabahnya mungkin bagi orang itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan orang itu melainkan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaun, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut.