Seksyen 44C
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Seksyen 44C
Jika mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan atau Pegawai Lembaga mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dokumen yang dibawa di atas sesuatu kenderaan, atau apa-apa lesen, rekod atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya menurut Akta ini oleh pemandu atau orang yang menjaga sesuatu kenderaan adalah dokumen, lesen atau rekod yang berhubungan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, dia boleh menyita atau menanggalkan dokumen, lesen atau rekod itu dari kenderaan itu.
(2)
Jika lesen yang disita di bawah subseksyen (1) ialah lesen yang telah digantung di bawah seksyen 25, lesen itu hendaklah dikembalikan kepada pemegang lesen apabila tamat tempoh penggantungan.