Seksyen 38
Pengubahan kenderaan dibenarkan
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
ActIn forceProvision 51 of 81
Seksyen 38
(1)
Seseorang pemegang lesen tidaklah boleh membuat apa-apa pengubahan kepada struktur atau kelengkapan tetap sesuatu kenderaan dibenarkan, selain menggantikan bahagian, tanpa kelulusan Ketua
Pengarah.
(2)
Jika mana-mana orang gagal mematuhi atau melanggar seksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.