Seksyen 39
Pemindahmilikan lesen dilarang
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Tertakluk pada subseksyen (4), lesen yang diberi di bawah
Akta ini hendaklah menjadi khas untuk pemegangnya, dan tidak boleh dipindah milik atau diserah hak.
(2)
Pemegang lesen tidak boleh melantik seseorang ejen atau wakil bagi maksud menjalankan mana-mana hak yang diberi kepada pemegang lesen kecuali dengan keizinan terlebih dahulu daripada
Lembaga dan pemegang lesen itu tidak boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana ejen atau wakil tersebut menjalankan mana-mana hak itu.
(3)
Pemegang sesuatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini yang bermaksud untuk memindahmilikkan atau menyerahhakkan lesen itu atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan kenderaan dibenarkan atau memberi perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4)
Lembaga boleh, jika berlakunya kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, penyelesaian, pemegang lesen itu atau, jika seseorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen itu atau, jika kerana
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 55
apa-apa sebab Lembaga berpuas hati bahawa ia akan menimbulkan ketidakadilan jika tidak dilakukannya, membenarkan pemindahmilikan lesen itu.