Seksyen 44A
Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini adalah mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang disangkakan tahu akan fakta dan hal keadaan kes yang disiasat.
(2)
Barang siapa, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai pengangkutan jalan supaya memberi maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi permintaan sedemikian oleh pegawai itu atau menyatakan sebagai benar maklumat yang dia tahu atau ada sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda *tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3)
Apabila apa-apa maklumat sedemikian dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul keseluruhan atau sebahagiannya tidaklah boleh menjadi dalihan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan, atau diberi dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud.
*CATATAN—Dahulunya “tidak melebihi lima ribu ringgit”–lihat Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (Pindaan) 1998 [Akta A1024].
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 63
Kuasa Pegawai Lembaga untuk menyiasat, dsb.