Skip to content

Seksyen 36

Keputusan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 36 of 67
Seksyen 36
(1)

Jika, selepas selesai penyiasatan, Suruhanjaya bercadang untuk membuat suatu keputusan bahawa salah satu larangan di bawah Bahagian II telah atau sedang dilanggar, Suruhanjaya hendaklah memberikan notis bertulis mengenai keputusan yang dicadangkannya kepada setiap perusahaan yang mungkin tersentuh secara langsung oleh keputusan itu.

(2)

Notis itu hendaklah—

(a)

menyatakan sebab bagi keputusan yang dicadangkan oleh

Suruhanjaya dengan perincian yang mencukupi bagi membolehkan perusahaan yang kepadanya notis itu diberikan mempunyai prospek yang benar dan mencukupi untuk membolehkannya membuat komen mengenai keputusan yang dicadangkan berdasarkan maklumat yang diketahui;

(b)

menyatakan apa-apa penalti atau tindakan pembetulan yang dicadangkan untuk dipakai oleh Suruhanjaya; dan

(c)

memberitahu setiap perusahaan yang kepadanya notis itu diberikan bahawa ia boleh, dalam apa-apa tempoh yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(i)

mengemukakan representasi bertulis kepada

Suruhanjaya; dan

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 712

(ii)

menunjukkan sama ada ia berhasrat untuk membuat representasi lisan di hadapan Suruhanjaya.