Seksyen 41
Rejim kelonggaran
Maka hendaklah ada suatu rejim kelonggaran, dengan suatu penurunan sehingga maksimum seratus peratus bagi apa-apa penalti yang akan dikenakan selainnya, yang boleh diadakan dalam kes perusahaan yang telah—
(a)
mengakui penglibatannya dalam suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah subseksyen 4(2); dan
(b)
memberikan maklumat atau bentuk kerjasama yang lain kepada Suruhanjaya yang membantu secara signifikan, atau mungkin membantu secara signifikan, dalam pengenalpastian atau penyiasatan apa-apa dapatan pelanggaran mana-mana larangan oleh mana-mana perusahaan yang lain.
(2)
Suatu rejim kelonggaran boleh membenarkan peratusan pengurangan yang berlainan diadakan bagi sesuatu perusahaan bergantung pada—
(a)
sama ada perusahaan itu ialah orang yang pertama sekali membawa pelanggaran yang disyaki itu kepada perhatian
Suruhanjaya;
(b)
peringkat dalam penyiasatan apabila—
(i)
suatu penglibatan dalam pelanggaran itu diakui;
atau
(ii)
apa-apa maklumat atau kerjasama lain telah diberikan; atau
(c)
apa-apa hal keadaan lain yang difikirkan sesuai oleh
Suruhanjaya untuk diambil kira.