Skip to content

Seksyen 43

Kuasa untuk menerima aku janji

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 43 of 67
Seksyen 43
(1)

Suruhanjaya boleh, tertakluk kepada syarat yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya, menerima daripada suatu perusahaan suatu aku janji untuk membuat atau menahan diri daripada membuat apa-apa jua yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.

(2)

Jika Suruhanjaya menerima aku janji di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah, berhubung dengan suatu pelanggaran, menutup penyiasatan itu tanpa membuat apa-apa dapatan pelanggaran dan tidak boleh mengenakan suatu penalti ke atas perusahaan itu.

(3)

Mana-mana aku janji yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini ialah suatu dokumen yang tersedia untuk diperiksa oleh orang awam mengikut cara yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(4)

Peruntukan mana-mana aku janji yang diterima oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah boleh dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya seolah-olah peruntukan itu telah dinyatakan dalam suatu keputusan yang diberikan kepada perusahaan yang memberikan aku janji itu menurut seksyen 40.

Persaingan 39