Seksyen 42
Penguatkuasaan arahan atau keputusan
Suruhanjaya boleh membawa prosiding di hadapan
Mahkamah Tinggi terhadap mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 35
atau suatu keputusan di bawah seksyen 40.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 712
(2)
Jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa orang yang disebut dalam subseksyen (1) telah tidak mematuhi arahan atau keputusan itu, Mahkamah Tinggi hendaklah membuat suatu perintah menghendaki orang itu supaya mematuhi arahan atau keputusan itu.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa ketidakpatuhan arahan itu termasuklah suatu kegagalan untuk membayar penalti dalam tempoh yang dinyatakan,
Mahkamah Tinggi hendaklah, sebagai tambahan kepada perintah supaya orang itu membayar penalti itu, memerintahkan supaya orang itu membayar bunga atas kadar penghakiman biasa mulai dari hari selepas bayaran itu kena dibuat.
(4)
Mana-mana pelanggaran suatu perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat menurut seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan mahkamah.